Bahasa Melayu Tahun 2


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh                          : 17 Januari 2011
Masa                           : 0800 - 0900 pagi
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Tahun 2
Bilangan Murid            : 20 orang
Tema                           : Unit : 1 Dunia Kami
Tajuk                           :  Kawan Baharu

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama
5.2       Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
           betul dan memahami perkara yang dibaca.
             Aras 1
(iii) Memahami perkataan, frasa dan ayat.
Aras 3
(i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
    menarik.


Fokus Sampingan

5.2       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
             Aras 1
(i)            Membaca teks bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.
            Aras 1
(ii)        Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
1.    Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.

2.  Mengenalpasti isi – isi penting daripada bahan yang dibaca.

3. memperoleh maklumat daripada sesuatu bahan.



                        
Sistem Bahasa
i)              Tatabahasa           :  Ayat tunggal, imbuhan
ii)             Sintaksis               

Pengisian Kurikulum
a. Ilmu : Pendidikan Moral
b. Nilai             : Baik hati
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
i)          Kemahiran Berfikir                  : menjelaskan
             ii)        Kecerdasan Pelbagai  :  interpersonal

Pengetahuan Sedia Ada :  Murid mengenal jiran dan kawan baharu
Bahan Bantu Mengajar   :  Buku Teks, Carta, Buku Aktiviti, lembaran kerja


Langkah/ Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Murid  menyatakan
    nama rakan baharu.


1.Guru bertanya
   kepada murid yang
   mempunyai kawan
   baharu.
2. Murid menyatakan
    nama rakan baharu.



Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal & Intrapersonal

Nilai: Baik hati, keberanian.
Langkah 1
(10 minit)











1. Membaca dialog
    dengan jelas dan
    intonasi yang betul.
   


1. Murid membaca
    dialog secara kelas.
2. Murid membaca
    dialog secara
   individu.



Bahan Bantu Mengajar:
Buku Teks


Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal & Intrapersonal

Nilai: Berani mencuba untuk bercerita tentang petikan  dan bercerita tentang pengalaman sedia ada mereka.
Langkah 2
 (10 minit)






1. Menyampaikan   
    dialog secara
    lakonan.



1) Murid membuat
    lakonan
    berpandukan
    dialog.

2. Guru menjelaskan
    beberapa isi
    penting.

Bahan Bantu Mengajar:
-Buku Teks

-Carta
Nilai:
- Keberanian

Tatabahasa:
- Ayat Tunggal

Kemahiran Berfikir:
Menyusun










Langkah 3
(15 minit)


1.Berbincang tentang
   perkataan berimbuhan
   dalam dialog.
1. Guru menjelaskan
    Perkataan
    Berimbuhan.
2. Murid mencatat
    beberapa
    perkataan
    berimbuhan
    dalam kumpulan.

3. Murid menyatakan
    beberapa
    perkataan
    berimbuhan yang
    dicatat mengikut
    kumpulan.
Bahan Bantu Mengajar:
-Buku Teks

- Carta

Nilai: Baik Hati


Tatabahasa :
Kata imbuhan

Kemahiran Berfikir:
Membuat analogi

Lembaran kerja



langkah 4
(15 minit)


1. Menjawab soalan
    pemahaman.



1. Guru menjelaskan
    beberapa maklumat
    penting.
2. Murid menjawab
    soalan pemahaman
    secara bertulis.
3. Guru membuat
    rumusan tentang
    jawapan murid.


ABM

Lembaran Kerja

KBT : Menyusun

Kecerdasan pelbagai:
-Interpersonal

langkah 5
(5 minit)

Penutup (kognitif)
1. Rumusan




1. Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini.




Kecerdasan pelbagai:
- Intrapersonal



Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran:
Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru telah mencapat objektif. Iaitu 15 daripada 20 orang murid dapat memahami tugasan yang diarahkan oleh guru. 5 orang murid yang belum menguasai kemahiran yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi bimbingan oleh guru.

Kekuatan
Selepas melaksanakan P & P , saya dapati murid – murid dapat membaca dialog dengan jelas dan intonasi yang sesuai. Ini disebabkan guru menulis dialog pada carta dengan jelas. Bahan bantu mengajar yang diguna oleh guru juga pelbagai, jadi ianya menarik minat murid untuk belajar. Berhubung dengan penglibatan murid – murid  pula, murid – murid sememangnya amat untuk berminat berlakon dan mereka melibatkan diri secara aktif. Murid – murid juga menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan kerana  guru akan memberi bimbingan kepada murid yang kurang faham tentang P & P yang disampaikan.

Kelemahan
Dalam P & P ini, saya dapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian. Walaupun murid –murid berminat untuk berlakon berpandu kepada dialog pada carta namun terdapat beberapa orang murid tidak melibatkan diri kerana mereka belum menguasai kemahiran menulis dan membaca. Ini menyebabkan mereka berasa bosan untuk mengikut P & P yang dijalankan.  Kawalan kelas juga terjejas kerana murid – murid yang pandai berebut – rebut untuk membuat lakonan menyebabkan keadaan kelas agak bising.

Cara – cara mengatasi kelemahan
Bagi mengatasi masalah murid – murid yang belum pandai membaca dan menulis, saya telah menyediakan bahan bacaan yang lebih mudah dan  mengumpul mereka di suatu sudut dan memberi  bimbingan kepada mereka berpandukan kepada  Program LINUS. Berkaitan dengan masalah kawalan kelas, saya membahagi murid – murid kepada kumpulan. Jadi mereka akan membuat lakonan bergilir – gilir mengikut kumpulan. Ini dapat membantu guru mengawal keadaan kelas.