Pendidikan Seni Visual


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Mata Pelajaran                        : Pendidikan Seni Dan Visual
Tahun                                      : Tahun 5
Masa                                       : 1030 – 1130 Pagi ( 1 Jam )
Bidang/ Tema                         : Membentuk dan membuat binaan
Tajuk                                       : Memperkenalkan idea stabail
-       Flora ( Bunga )
Objektif                                   : Pada akhir pembelajaran ini, murid – murid dapat :
-       Mempelbagaikan bahan dan teknik dalam
menghasilkan stabail yang menarik.
-       Murid dapat mengamalkan nilai kerajinan ,
berhati – hati dan menyayangi alam sekitar.
Fokus Utama                          : Memilih bahan – bahan yang sesuai untuk membuat
                                                  stabail.
Nilai                                         : Kerajinan, berhati – hati, menyayangi alam sekitar
Kemahiran Berfikir                  : Menjana idea
Media Pengajaran                   : Kertas warna, dawai, gunting, tali

Langkah/ Masa

Aktiviti P & P
Catatan

Set Induksi
( 5 Minit )
1. Guru menunjukkan kertas berbentuk bulat
    tergantung pada sebatang lidi yang
    dipegang oleh guru.
2. Guru bertanya kepada murid tentang objek
    yang dipegangnya.
3. Murid menyatakan jawapan masing –
    masing.
4. Guru memperkenalkan tajuk.



Lidi, Kertas warna

Langkah 1
( 10 Minit )

1. Guru menunjukkan beberapa contoh stabail.
2. Guru menerangkan pelbagai jenis
    stabail.


Contoh stabail

Nilai: Rajin

Langkah 2
( 15 Minit )

1. Guru memperkenalkan beberapa bahan
    yang boleh digunakan untuk membina
    stabail.
2. Guru menunjukkan cara – cara membina
    stabail.
3. Murid mempamerkan bahan – bahan yang
    dibawa.




Kertas warna, tali
Dawai

Nilai : Berhati – hati
        : Bersyukur







Langkah 3
( 25 Minit )

1. Murid meletakkan bahan – bahan yang
    dibawa di atas meja.
2. Murid – murid membina stabail masing –
    masing.
3. Guru membimbing murid yang menghadapi
    masalah dalam membina stabail.
4. Murid mempamerkan hasil kerja dan
    menjelaskan secara ringkas.


Media:
Dawai, gunting,
kertas warna,
botol mineral kecil,
tali

Kemahiran Berfikir:
Menjana idea

Nilai: Berhati – hati
       : Bersyukur

Penutup
( 5 Minit )

1. Guru membuat kesimpulan tentang stabail
    yang dihasilkan oleh murid.







Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran:

Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran pada hari ini mencapai obektif kerana 14 daripada 16 orang murid dapat menghasilkan stabail masing – masing. Bagi 2 orang murid yang belum siap, mereka diberi bimbingan dan dibenarkan untuk menyiapkan stabail masing – masing di rumah. Murid – murid juga bergitu berminat untuk membuat aktiviti binaan

Kekuatan
Murid – murid bergitu berminat dan terlibat secara aktif dalam pembinaan stabail, apatah lagi kemahiran ini baru diperkenalkan. Mereka juga saling bekerjasama dan tukar – menukar kertas warna bagi menghasilkan stabail yang lebih menarik. Dengan ada kemahiran membina stabail, murid – murid dapat menunjukkan kreativiti masing – masing.

Kelemahan
Aktiviti membina stabail suatu kemahiran yang agak baru bagi murid – murid saya, jadi untuk menerangkan cara – cara membuatnya memakan masa yang agak panjang. Ini menyebabkan murid – murid agak lambat menyiapka hasil kerja masing – masing . Selain itu, terdapat beberapa orang murid tidak membawa bahan yang lengkap. Oleh itu, guru terpaksa menyediakan bahan untuk mereka. Secara langsung menyebabkan mereka sukar menghasil binaan stabail yang lebih menarik kerana bahan yang digunakan terhad.

Cara – cara mengatasi kelemahan
Bagi mengatasi masalah stabail yang kurang berkualiti dihasilkan, guru akan membuat pengulangan aktiviti tersebut pada minggu berikutnya. Ini membolehkan murid – murid menghasilkan binaan stabail yang lebih menarik kerana mereka sudah ada pengalaman dan kemahiran yang sudah dipelajari. Sementara murid – murid yang sering tidak membawa bahan akan dimaklumkan seminggu lebih awal dan guru juga akan menyediakan bahan yang lebih banyak. Ini akan membolehkan murid – murid terlibat lebih aktif kerana semua mereka ada bahan. Guru juga akan mempamerkan lebih banya contoh agar murid – murid mendapat idea yang lebih menarik.