Bahasa Melayu Tahun 4


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh                          : 22 MAC 2011
Masa                           : 0740 – 0840 pagi
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Tahun 4
Bilangan Murid            : 15 orang
Tema                           : Yang Baik Jadikan Teladan
Tajuk                           :  Pak Senik Insaf

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama
5.2       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
             Aras 1
(i)            Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.


Fokus Sampingan

5.2       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
             Aras 3
(ii)           Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
6.2       Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.
            Aras 2
(i)            Mengenal pasti kata, frasa, peribahasa dan ayat yang biasa digunakan dalam sesuatu genre.

Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
            1. Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi      
                yang betul.

2.  Menyusun sekurang – kurangnya 7 daripada 10 ayat mengikut urutan   cerita
     yang betul berpandukan cerita ”Pak Senik Yang Insaf”

3. Menyenaraikan kata adjektif  yang terdapat dalam petikan yang telah dibaca,


                        
Sistem Bahasa
i)              Tatabahasa           :  Kata adjektif, Antonim
ii)             Sintaksis               

Pengisian Kurikulum
a. Ilmu : Pendidikan Moral, Sains
b. Nilai             : Baik hati, Keberanian , Keinsafan
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
i)          Kemahiran Berfikir                  : membuat analogi
             ii)        Kecerdasan Pelbagai  : verbal linguistik, interpersonal

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar , menonton dan membaca cerita teladan.
Bahan Bantu Mengajar   : Teks, Carta, Kad Perkatan, lembaran kerja




Langkah/ Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Murid bersoal jawab dengan murid tentang sesuatu cerita yang pernah dibaca, didengar atau ditonton.


1.Guru mengarahkan seorang murid mencantumkan perkataan untuk membina ayat yang bermakna.
2. Murid membaca ayat yang dibina secara kelas” Pak Senik Insaf”.



Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal & Intrapersonal

Nilai: Baik hati, keberanian.
Langkah 1
(10 minit)











1. Bercerita tentang  isi utama yang ingin disampaikan dalam cerita dan perkara yang menyentuh perasaan.


1. Guru dan murid bercerita tentang isi utama yang ingin disampaikan dalam cerita dan perkara yang menyentuh perasaan.


Bahan Bantu Mengajar:
Buku Teks
 m/s.133- 135

Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal & Intrapersonal

Nilai: Berani mencuba untuk bercerita tentang petikan  dan bercerita tentang pengalaman sedia ada mereka


Langkah 2
 (10 minit)






1. Menyampaikan  cerita ”Pak Senik Insaf” secara lakonan.



1) Guru meminta beberapa orang murid untuk menyampaikan cerita ”Pak Senik Insaf” secara lakonan.
2. Guru menjelaskan beberapa isi penting.

Bahan Bantu Mengajar:
-Buku Teks
 m/s.133- 135
-Carta
Nilai:
- Keberanian

Tatabahasa:
- Kata adjektif
- Antonim

Kemahiran Berfikir:
Membuat analogi










Langkah 3
(10 minit)


1.Berbincang tentang kata adjektif  dan kata lawan ( Antonim )  berdasarkan cerita yang dibaca.

1. Guru dan murid berbincang tentang kata adjektif dan kata lawan ( Antonim )  yang terdapat dalam cerita.
2. Murid mencatat kata adjektif dan kata lawannya berdasarkan cerita  dalam kumpulan.
3. Murid membentang hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas.

Bahan Bantu Mengajar:
-Buku Teks m/s 133 – 135
- kad perkataan
- Carta

Nilai: Baik Hati

Tatabahasa :
Kata adjektif

Kemahiran Berfikir:
Membuat analogi

Lembaran kerja



langkah 4
(15 minit)


  1. Mengemukan urutan cerita mengikut cerita yang dibaca.



1. Guru berbincang tentang urutan cerita.

2. Guru meminta murid-murid menyusun urutan cerita yang betul secara bertulis.

3.  Guru membimbing murid yang lemah untuk menyiapkan latihan agar tidak ketinggalan.


ABM:
Buku teks m/s 133-135

Lembaran Kerja

KBT : Membuat analogi.


Kecerdasan pelbagai:
- verbal linguistik

langkah 5
(5 minit)

Penutup (kognitif)
1. Rumusan




2. Penilaian

1. Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini.

2. Guru bertanya kembali kepada murid untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan pada hari ini.


Kecerdasan pelbagai:
- Intrapersonal
- Interpersonal















Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran :

Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini mencapai objektif yang dihasratkan apabila 13 daripada 15 orang murid dapat menyusun urutan cerita dengan betul dan dapat mencatat sekurang – kurangnya 7 daripada 10 kata adjektif berpandukan teks. 2 orang murid yang belum menguasai kemahiran yang diajar akan diberi bimbingan oleh guru dengan member latihan yang lebih mudah.



Kekuatan
Dari pemerhatian saya terdapat beberapa kekuatan pada pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan. Murid – murid dapat membaca dialog dengan jelas kerana guru memberi bimbingan . Murid – murid memberi kerjasama dan terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran  yang dilaksanakan terutamanya dalam aktiviti berkumpulan. Selain itu, murid – murid  berminat tentang cerita teladan kerana ia mempunyai perjalanan cerita yang menarik dan mengandungi nilai – nilai murni. Murid – murid dapat mencatat kata adjektif kerana guru telah membimbing dengan memberi banyak contoh kata adjektif.

Kelemahan
Dialog dalam pengajaran dan pembelajaran agak panjang menyebabkan terdapat beberapa orang murid tidak mampu mengikut pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya. Murid – murid yang lemah tidak dapat menyenaraikan kata adjektif kerana mereka  masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik dan kosa kata mereka agak terhad.

Cara – cara mengatasi kelemahan
Bagi murid – murid yang masih lemah iaitu seramai dua orang, saya akan membimbing mereka untuk membina perkataan, jika perlu saya akan menggunakan bahan – bahan Tahap 1. Jadi harapan saya agar mereka dapat membina ayat sekurang – kurang 3 perkataan kata adjektif. Guru juga akan memberi  tumpuan yang lebih kepada dua orang murid yang masih lemah agar mereka tidak ketinggalan jauh.











Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh                          : 21 September 2011
Masa                           : 0830 - 0930 pagi
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Tahun 4
Bilangan Murid            : 15 orang
Tema                           : Lestari Alam
Tajuk                           :  Alam Ceria Kita Selesa

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama
5.1       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
             Aras 3
(i) Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan    intonasi yang betul dan lancar.


Fokus Sampingan

8.1       Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
             Aras 2
(i) Menyatakan sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.



Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
1. Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.

2.  Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

3. Melengkapkan ayat  tunggal dengan menggunakan perkataan yang
    betul.


                        
Sistem Bahasa
iii)            Tatabahasa           :  Ayat tunggal, Ayat majmauk
iv)           Sintaksis               

Pengisian Kurikulum
a. Ilmu : Pendidikan Moral, Sains
b. Nilai             : Baik hati, Kesyukuran
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
i)          Kemahiran Berfikir                  : Mengenal pasti pendapat dan faktor
             ii)        Kecerdasan Pelbagai  : Kontekstual

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui pelbagai jenis nama tumbuhan.
Bahan Bantu Mengajar   : Teks, Carta, Kad Perkataan, lembaran kerja



Langkah/ Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Murid menyatakan
    nama – nama
    tumbuhan.


1.Guru mempamerkan
   gambar kepada
   murid.
2. Murid menyatakan
    nama tumbuhan
    dalam gambar.


Kecerdasan Pelbagai:
Kontekstual

Nilai: Baik hati
Langkah 1
(10 minit)











1. Menjelaskan
    keadaan alam sekitar


1. Murid membaca
    teks secara kelas.
2. Guru menjelaskan
    maklumat penting.
3. Guru menerangkan
    tentang ayat
    tunggal dan
    majmuk yang
    terdapat dalam teks.


Bahan Bantu Mengajar:
Carta

Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal
Nilai: Berani mencuba untuk bercerita tentang petikan  dan bercerita tentang pengalaman sedia ada mereka

Langkah 2
 (15 minit)







1. Membina ayat
    tunggal dan ayat
    majmuk secara
    kumpulan.




1) Guru menjelaskan
    faedah menjaga
    alam sekitar.

2. Murid berbincang
    dalam kumpulan
    tentang ayat
    tunggal dan ayat
    majmuk.

3. Murid menyatakan
    hasil perbincangan
    kumpulan.

Bahan Bantu Mengajar:
-Gambar
-Carta
Nilai:
Kesyukuran

Tatabahasa:
Ayat Tunggal
Ayat Majmuk

Kemahiran Berfikir:
Konstektual





Langkah 3
(25 minit)


1.Membina ayat
   tunggal dan ayat
   majmuk secara
   individu.

1. Guru
    memperkenalkan
    beberapa perkataan
2. Murid membina
    ayat tunggal dan
    ayat majmuk.
3. Murid membaca
    ayat tunggal dan
    ayat majmuk yang
    mereka bina.
Bahan Bantu Mengajar:

- kad perkataan
- Carta

Nilai: Baik Hati

Tatabahasa :
Kata adjektif

Kemahiran Berfikir:
Konstektual



Penutup
( 5 Minit )



1. Membuat
    Kesimpulan.



1. Murid – murid
    Menyanyikan lagu
    ”Bunga Matahari”.
2. Guru membuat
    Kesimpulan.


ABM : Carta














Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran :
Secara keseluruhannya murid – murid telah mencapai objektif apabila 13 daripada 15 orang murid telah berjaya membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Murid – murid juga dapat membeza antara ayat tunggal dan ayat majmuk. Apabila mereka dapat membina ayat majmuk, maka mudahlah mereka membina karangan.

Kekuatan
Guru telah menjalankan pelbagai aktiviti yang berpusat kepada murid. Ini membolehkan murid melibatkan diri secara aktif . Murid juga memberi kerjasama yang baik dalam menjalankan aktiviti kumpulan.


Kelemahan
Kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah ayat majmuk agak sukar bagi murid yang belum menguasai kemahiran menulis dan membaca . Ini disebabkan murid – murid harus tahu penggunaan kata hubung untuk membina ayat majmuk.
Bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru agak terhad. Ini menyebabkan murid agak bosan mengikut pengajaran dan pembelajaran.

Cara – cara mengatasi masalah
Bagi membimbing murid membina ayat majmuk, guru akan membimbing murid cara menggabungkan dua ayat tunggal menggunakan kata hubung. Guru akan memberi contoh ayat yang mudah difahami. Guru juga akan mempamerkan pelbagai contoh ayat majmuk sebagai rujukan murid.