Dunia Sains & Teknologi


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1

Tarikh                                      : 12 Januari 2011
Tempoh Masa                         : 1 Jam ( 0900 – 1000 Pagi )
Tajuk                                       : Perbezaan dan persamaan pada haiwan
Standard Kandungan              : Sains Hayat
                                                  3.1   Menganalisi haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard Pembelajaran          : 3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian tubuh   satu haiwan                                            dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang lain.
Sumber Pengajaran                : 1. Slaid gambar
                                                  2. Lembaran kerja
                                                  3. Carta pengurusan grafik
Pendekatan Pedagogi            : Pembelajaran Kontekstual
EMK / Elemen merentas
Kurikulum                                : Kreativiti dan Inovatif

Langkah P & P
Aktiviti Fokus Murid / Guru
EMK / SPS / BBM / Nilai Murni

Persediaan
5 minit
Aktiviti 1 :
1. Murid menjawab teka-teki yang disampaikan oleh guru secara lisan.
Contoh : 
1. Badan saya bersisik tidak    berkaki. Saya tinggal dalam air, siapakah saya? 
2. Saya bertanduk dan berjanggut, saya suka makan rumput. Siapakah saya ?

Nilai murni : Sayangkan haiwan.
EMK : Kreativiti dan Inovatif
BBM : Carta teka-teki
SPS : Memerhati

Imaginasi
10 minit

Aktiviti 1 :
  1. Guru menayangkan slaid power point dan bersoal jawab dengan murid tentang bahagian-bahagian tubuh pada haiwan tersebut.
  2. Guru menayangkan lima jenis haiwan satu persatu dan bersoaljawab dengan murid.
Contoh soalan :
  1. Apakah nama haiwan ini ? kambing, ikan, burung, kura-kura dan belalang.
  2. Namakan bahagian-bahagian tubuh yang terdapat pada seekor kambing.
Ekor, kaki, tanduk, mata, telinga
Nota:
1. Soalan diulang untuk jenis haiwan yang lain.


Nilai murni : Sayangkan haiwan.
EMK : Kreativiti dan Inovatif, 
          TMK
BBM : Tayangan slaid
SPS : Memerhati, mengelas
Perkembangan
20 minit
1. Guru membahagikan murid 
   kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Guru mengedarkan dua jenis
    gambar haiwan kepada setiap
    kumpulan.
3. Murid berbincang dalam
    kumpulan untuk mengenal pasti
    persamaan dan perbezaan
    bahagian-bahagian tubuh yang
    terdapat pada gambar haiwan
    yang diberikan.
4. Murid merekodkan dapatan
   dalam borang pengurusan grafik
    yang diedarkan.
5. Setiap kumpulan menceritakan
    dapatan mereka.
Nilai murni : Sayangkan haiwan.
EMK : Kreativiti dan Inovatif
BBM : Carta pengurusan grafik 
           pada kad manila
SPS : Memerhati, mengelas
Tindakan
25 minit
1. Murid-murid menjawab
   Lembaran Kerja. (Penilaian
   secara individu)
2.Murid yang dipilih secara
   rambang menjawab soalan  
   dengan menggunakan tetikus
   pada tayangan slaid. Murid
   yang tidak dapat menjawab
   akan dibantu oleh murid lain
   dalam kumpulan yang sama.

Nilai murni : Sayangkan haiwan.
EMK : Kreativiti dan Inovatif
BBM : Lembaran kerja                             
SPS : Memerhati

Refleksi pengajaran dan pembelajaran :

Secara keseluruhannya, murid – murid telah mencapai objektif yang telah diharapkan oleh guru iaitu 10 daripada 11 orang telah memahami kemahiran yang telah dipelajari. Ini bermakna kira – kira 90.9 % telah mencapai objektif. Ini disebabkan tajuk ini memang senang kerana murid – murid telah mempunyai pengalaman sedia ada tentang haiwan.

Kekuatan
Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru menarik kerana guru menggunakan pelbagai bahan. Murid – murid juga terlibat secara aktif kerana guru menyediakan pelbagai aktiviti, contohnya aktiviti kumpulan. Guru juga menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk slaid. Ini sudah tentu menarik minat murid kerana mereka dapat melihat gambar dengan jelas kerana ia berwarna – warni.

Kelemahan
Penggunaan komputer dalam mempamerkan bahan slaid memang menarik tetapi ia memakan masa untuk memasang komputer. Ini sudah tentu akan menjejaskan masa pengajaran kerana guru terpaksa membuang masa untuk memasang komputer.
Penyediaan pelbagai lembaran kerja juga menyebabkan ada beberapa dua orang murid tidak dapat menyiapkan semua lembaran kerja yang diedarkan.

Cara – cara mengatasi kelemahan
Bagi menjimatkan masa penyediaan computer, guru akan menyediakan peralatan lebih awal sekurang – kurangnya 15 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran Sains bermula.  Berkaitan dengan lembaran kerja pula, guru akan menyediakan lembaran kerja mengikut kebolehan murid – murid.Ini bermakna murid yang lebih cerdik akan melakukan lebih banyak latihan.